Categories
Berita Semasa

Israel Akan Umumkan Rancangan Penempatan Baharu Dalam Waktu Terdekat

Isnin, 29-11-2021 – Pemerintah penjajah Israel akan mengumumkan rancangan pembangunan kluster baharu penempatan Zionis, terdiri dari ribuan unit rumah di kota Al-Quds terjajah.

Menurut penganalisa urusan Al-Quds, Fakhiri Abu Diyab, rancangan pembangunan kluster penempatan yang hendak diumumkan Israel dalam waktu dekat ini mencakupi pembangunan 3 ribu unit rumah dan membangunkan penempatan baharu di kota Al-Quds.

Projek penempatan Zionis akan difokuskan di kawasan Atharat Al-Quds utara, kemudian di penempatan Javat, penempatan Ma’aleh Adumim, Timur kota E1, Hamamtus di Al-Quds selatan dan kawasan-kawasan lain yang akan ditentukan kemudian.

Disebutkan bahawa pemerintah Israel akan mengeluarkan dana besar untuk membina penempatan baharu tersebut yang membolehkan jawatankuasa perancangan dan pembangunan memulakan projek ini.

Abu Diyab menyebutkan, penempatan baharu akan dibina di kawasan Atharat setelah mendapat persetujuan dari pemerintah Israel.

Semua potensi yang ada digunakan untuk mengukuhkan dan mengintensifkan penempatan Zionis di Al-Quds, kemudian mendatangkan warga Yahudi untuk mengubah peta demografi wilayah, walaupun pihak Amerika secara malu-malu meminta dihentikan aktiviti penempatan di wilayah Palestin terjajah.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman