Categories
Berita Semasa

Israel Terus Melakukan Penyeksaan dan Pelanggaran Hak Tahanan Wanita

Khamis, 02-12-2021 – Pusat Kajian Tahanan Palestin meminta masyarakat antarbangsa mengambil tindakan segera demi menghentikan segala bentuk penghinaan, penyeksaan dan pelanggaran hak tahanan wanita Palestin dan segera membebaskan mereka serta memberikan perhatian terhadap penderitaan yang berlanjutan.

Pusat Kajian Palestin mengatakan dalam pernyataan akhbarnya bahawa walaupun komuniti antarabangsa mengakui adanya larangan penyeksaan dan kekerasan terhadap perempuan dan penetapan 25 November setiap tahun sebagai Hari Antarabangsa Menentang Kekerasan terhadap mereka, otoriti penjajah Israel mempraktikkan segala bentuk penyeksaan dan kekerasan terhadap tahanan perempuan Palestin di penjara-penjara yang tidak diawasi.

Pusat Palestin mendakwa badan-badan antarabangsa bersikap munafik terhadap politik penjajah Israel dan menutup mata terhadap pelanggaran dan kejahatannya terhadap tahanan wanita Palestin. Situasi ini mendorong Israel meneruskan tindakan tidak manusiawi ini terhadap tahanan wanita Palestin dan berterusan melanggar Undang-Undang Antarabangsa

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman