Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis kumpulkan warga Palestin di Tebing Barat, Baitulmuqaddis

Khamis, 09-12-2021 – Tentera rejim Zionis mengumpulkan sejumlah orang awam Palestin pada malam hari Isnin dan subuh hari Selasa sebagai sebahagian gerakan tangkapan harian yang dilancarkan merentasi Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Tentera rejim menahan tiga orang awam di Masafer Yatta, selatan al-Khalil, sementara individu keempat ditahan di Beit Kahel, barat bandar tersebut selepas memecah masuk rumahnya.

Sekumpulan tentera rejim yang lain menyerbu bandar Arrabe di selatan Jenin dan menahan tiga orang tahanan yang telah dibebaskan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan