Categories
Berita Semasa

119 peneroka haram cemari Masjid Al- Aqsa di bawah kawalan polis

Selasa, 28-12-2021 – Berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis telah mencemarkan Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis yang Diduduki pada pagi Ahad lalu.

Sekurang-kurangnya 119 peneroka memasuki Masjid dalam beberapa kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan bersiar-siar halamannya di bawah perlindungan ketat polis, menurut sumber tempatan.

Semasa lawatan mereka di tapak suci Islam tersebut, para peneroka haram tersebut dilaporkan menerima penerangan daripada para rabbi tentang Haram al-Sharif (yang dikenali oleh Yahudi sebagai Temple Mount), dan beberapa orang daripada mereka melakukan upacara Talmud dengan cara yang boleh membangkitkan kemarahan.

Sementara itu, polis rejim Zionis menyekat pergerakan jemaah Islam di pintu masuk dan pintu masuk Masjid Al-Aqsa, serta menculik tiga pekerja Awqaf Islam dari tempat kerja mereka di Masjid Aqsa.

Setiap hari, Masjid Al-Aqsa terdedah kepada pencemaran daripada peneroka haram Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Polis Israel menutup pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para peneroka haram menyelesaikan lawatan pagi mereka di tempat suci itu. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh peneroka haram Yahudi.

Semasa kehadiran peneroka haram di dalam perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Muslim di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehingga mereka meninggalkan tempat suci tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul