Categories
Berita Semasa

Puluhan warga Palestin cedera dalam pertelingkahan dengan IOF di Tebing Barat

Selasa, 28-12-2021 – Sejumlah besar warga Palestin dilaporkan cedera pada petang Sabtu ketika pertelingkahan dengan tentera rejim zionis (IOF) di pelbagai kawasan di Nablus dan Jenin.

Bulan Sabit Merah menyatakan, kru ambulansnya menyediakan bantuan perubatan untuk 247 orang warga yang cedera di Kampung Burqa, barat laut Nablus.

10 daripada mereka cedera akibat tembakan peluru hidup dan 48 yang lain cedera akibat peluru getah. Salah seorang daripada mereka cedera teruk dan dikejarkan ke Hospital Rafidia, demikian menurut Bulan Sabit Merah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati