
Selasa, 04-01-2022 – Gerakan Hamas mengecam sekeras-kerasnya pertemuan presiden Palestin Mahmoud Abbas dengan Menteri perang Israel, Benny Gantz, dan menyifatkan tindakan itu sebagai menikam dari belakang terhadap intifada pemuda Palestin di Tebing Barat.
Dalam kenyataan pada Rabu, Hamas berkata yang Abbas bertemu Gantz tanpa mengambil kira penjajahan yang sedang berlaku terhadap rakyatnya di Tebing Barat, serta menekankan yang rakyat Palestin daripada pelbagai lapisan mengutuk dan menolak perlakuan tersebut.
Ia turut menyatakan yang perlakuan Abbas akan menambahkan perpecahan politik dalaman Palestin, memburukkan situasi dan menggalakkan pihak-pihak lain untuk menormalisasikan hubungan dengan rejim serta melemahkan pendirian Palestin menolak normalisasi.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati