
Khamis, 06-01-2022 – Rejim Israel pada hari Selasa telah merobohkan sejumlah kemudahan milik warga Palestin di Khirbet Ibziq, utara Tubas.
Aktivis hak asasi manusia Aref Daraghmeh berkata rejim Israel merobohkan empat buah khemah dan kemudahan pertanian serta memusnahkan sepuluh tan makanan ternakan.
Minggu lepas, pejabat PBB untuk Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mengeluarkan sebuah laporan mendokumenkan pencabulan hak asasi manusia oleh rejim Israel dan menyatakan bahawa sejumlah rumah dan bangunan milik warga Palestin telah dimusnahkan atau dirampas, dan penduduk yang kehilangan tempat tinggal pada 2021 menunjukkan pertambahan masing-masing 21 dan 28 peratus, berbanding angka yang setara pada 2020.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan