Categories
Berita Semasa

Polis Israel Culik Beberapa Belia, Memanggil Beberapa Yang Lain di Baitulmaqdis

Khamis, 06-01-2022 – Polis rejim Zionis pada hari Isnin  lalu telah menculik beberapa orang pemuda dari Baitulmaqdis dan menyerahkan saman kepada beberapa orang lain untuk disoal siasat.

Menurut sumber tempatan, pasukan polis menyerbu bandar al-Ram di timur laut Baitulmaqdis dan menculik empat belia selepas menyerbu sebuah bangunan pangsapuri berhampiran ibu pejabat Dar al-Ifta.

Polis turut menyerahkan saman kepada beberapa pemuda Baitulmaqdis dari daerah Issawiya dan mengarahkan mereka untuk pergi ke pusat tahanan di jalan Salahuddin untuk disoal siasat.

Sementara itu, mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadap seorang pemuda Baitulmaqdis bernama Barakat al-Zaatari, seorang penduduk kejiranan Wadi al-Joz.

Polis juga melanjutkan penahanan seorang lagi pemuda dari Baitulmaqdis bernama Khattab ash-Sharbati sehingga Khamis depan selepas menculiknya pada waktu pagi dari rumahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul