
Isnin, 24-01-2022 – Polis rejim Zionis Israel pada hari Rabu telah menculik Sheikh Najeh Bakirat, timbalan pengarah Awqaf Islam di Baitulmaqdis.
Anak perempuannya, Fatima Bakirat, berkata di laman Facebooknya bahawa pegawai polis menculik bapanya dari Pintu Silsila Masjid Aqsa dan membawanya ke pusat tahanan Moskobiya di kota suci itu.
Sheikh Bakirat, yang juga ketua Akademi Sains dan Warisan Aqsa, terdedah kepada penganiayaan sistematik di tangan polis Israel.Beliau pernah ditahan dan dihalau dari Masjid Al-Aqsa berkali-kali sebelum ini.
Sementara itu, polis Israel petang semalam membebaskan aktivis Baitulmaqdis Hanadi al-Halawani dan menyerahkan notis larangan masuk ke Masjid Al-Aqsa selama seminggu.
Perintah larangan terhadapnya boleh dilanjutkan selama enam bulan, menurut notis polis.
Polis menculik Halawani pada waktu pagi berhampiran Bab Hitta, salah satu pintu Masjid AlAqsa.
Halawani dapat memasuki Masjidil Aqsa Disember lalu selepas dia sewenang-wenangnya dihalang dari memasuki tapak suci itu selama enam bulan.
Halawani merupakan seorang aktivis Baitulmaqdis yang terkenal dan salah seorang guru Masjid Al Aqsa yang terdedah kepada penganiayaan berterusan oleh polis dan perisikan Israel.
Disebabkan pendiriannya yang menyokong Masjid AlAqsa, dia telah dipanggil, ditangkap, disoal siasat dan diserang oleh polis Israel beberapa kali sebelum ini.Polis juga sebelum ini telah berkali-kali melarang Halawani dari masuk ke Masjid dan daripada ke luar negara.
Hanadi Halawani adalah salah seorang daripada ramai wanita Baitulmaqdis yang insurans perubatannya telah dibatalkan kerana aktiviti mereka dalam mempertahankan Masjid AlAqsa.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul