
Khamis, 27-01-2022 – Anggota Kongres AS Mary Newman menyeru pihak berkuasa regim Zionis Israel, dalam tweet pada hari Sabtu, untuk menghentikan perobohan rumah Palestin di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis yang dijajah oleh Israel.
Mary Newman mengisytiharkan penolakannya sepenuhnya terhadap dasar perobohan sistematik Israel.
Lima belas rakyat Palestin menjadi gelandangan selepas polis Israel menghalau mereka dari rumah mereka sendiri pada tengah malam, tulisnya.
Dia menegaskan bahawa tentera Zionis Israel melakukan lebih daripada 1,000 perobohan sejak 2016 di kawasan yang sama.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor Syuhada