Selasa, 15-02-2022 – Anggota biro politik Hamas Zaher Jabarin menegaskan bahawa isu tahanan di penjara Israel akan menyatukan dan menjadi prioriti bangsa Palestin dan faksi-faksi perjuangan di setiap tahap dan tahun konflik dengan penjajah Israel.
Jabarin menegaskan bahawa setiap pertempuran yang dilakukan para tahanan tidak akan dibiarkan Hamas dan faksi-faksi perjuangan lainnya hanya berakhir di dalam penjara, namun akan diperluas ke seluruh wilayah Palestin sama ada di Tebing Barat, Gaza, Palestin 48 dan diaspora dimanapun berada.
Menjawab pernyataan berkaitan para tahanan yang membubarkan badan koordinasi di penjara Israel, sebagai protes atas tindakan menekan yang terus dilakukan pihak penjara, Jabarin selaku ketua biro urusan tahanan, mangsa cedera dan para syuhada Hamas mengatakan, “Langkah tersebut diambil pasca perlanggaran janji pihak penjara untuk memberikan hak-hak tahanan dan ini merupakan kebiasaan penjajah zionis di setiap fasa perjuangan dan jihad yang dilakukan para tahanan di dalam penjara.Jabarin menambah bahawa penjajah zionis berusaha menutup capaian gerakan tahanan dalam tempoh 7 dekad lalu.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman