
Selasa, 15-03-2022 – Seorang penceroboh Yahudi lengkap bersenjata telah melepaskan tembakan pada pagi Ahad ke atas dua buah sekolah Palestin di bandar Tuqu, timur Baitulmuqaddis di Tebing Barat yang diduduki.
Bassam Jaber, ketua direktorat pendidikan di Baitulmuqaddis, melaporkan bahawa seorang penceroboh bersenjata melangkah keluar dari bas yang membawa sekumpulan penceroboh dan melepaskan tembakan di Sekolah al-Khansa dan Sekolah al-Jarmaq di bandar itu.
Jaber menambah bahawa serangan tembakan itu mencetuskan keadaan panik dalam kalangan pelajar perempuan yang berada di dalam sekolah dan memaksa pentadbiran mereka menghantar semua pelajar perempuan itu pulang secara beransur-ansur.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan