
Isnin, 21-03-2022 – Satu mogok umum telah diadakan pada pagi hari Rabu di kota arab Rahat di Negev untuk membantah pembunuhan Sanad al-Harbad yang berusia 27 tahun oleh anggota polis Israel yang menyamar pada hari Selasa.
Beratus-ratus orang menyertai pengebumian Harbad di Rahat pada waktu pagi, dengan orang ramai yang berkabung mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan lelaki muda yang juga bapa kepada tiga anak, dan menuntut pemecatan ketua polis bahagian selatan dan siasatan terhadap insiden tembakan, yang mereka tekankan sebagai “tidak wajar.”
Bagi pihaknya, Jawatankuasa Pemandu Tinggi Arab Negev telah mengumumkan sokongannya terhadap mogok umum yang dilancarkan oleh majlis perbandaran Rahat, menyeru untuk menyiasat jenayah itu dan mendakwa pegawai polis yang terlibat dalam serbuan maut itu.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan