
Khamis, 24-03-2022 – Empat rakyat Israel terbunuh dalam kejadian tikaman dan rempuhan kereta yang dilakukan oleh seorang pemuda Palestin di bandar Beersheba, selatan Palestin pada hari Selasa.
Menurut sumber perubatan Israel, seramai tiga orang rakyatnya telah mati ditikam. Mangsa keempat yang menunggang basikal telah dilanggar kereta dipandu pemuda yang sama.
Kejadian berlaku di sebuah pusat membeli belah. Laporan berita awal mengatakan bahawa pemuda itu adalah bekas tahanan bernama Mohamed Abul-Qi’aan dari bandar Hura di Negev. Dia telah ditembak mati oleh seorang pejalan kaki yang bersenjata.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar