Categories
Berita Semasa

IOF tahan pemimpin Hamas Abu Kweik

Khamis, 14-04-2022 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan pemimpin Hamas Sheikh Hussein Abu Kweik setelah menyerbu rumah beliau di bandar Beitunia, dekat Ramallah, pada Khamis.

Abu Kweik ialah seorang pemimpin Hamas di Tebing Barat yang sering diugut untuk ditangkap oleh IOF. Beliau telah berada di dalam penjara Israel selama sekurang-kurangnya 11 tahun dan juga salah seorang yang diusir dalam peristiwa Marj al-Zohour pada tahun 1992, bersama 417 ahli Hamas Jihad Islam.

Abu Kweik juga terselamat dalam cubaan membunuh beliau ketika Intifada Al-Aqsa pada 2000. Tetapi isteri dan tiga orang anaknya terbunuh dalam serangan bom keretanya dari udara.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati