
Jumaat, 15-04-2022 – Pergerakan Hamas telah mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan tentera Israel terhadap peguam Palestin, Mohamed Assaf berikutan serbuan ganas di wilayah Nablus pada waktu subuh hari Rabu, menggambarkan apa yang berlaku hari ini di Nablus sebagai “pencerobohan baharu terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.”
Dalam satu kenyataan pada hari Rabu, Hamas berkata bahawa jenayah baharu ini mencerminkan penyeksaan dan jenayah negara penceroboh Israel serta pengabaian terhadap undang-undang antarabangsa.
Pergerakan itu menuduh negara penceroboh itu mengambil kesempatan daripada kepasifan masyarakat antarabangsa terhadap tindakannya untuk melakukan lebih banyak jenayah ke atas rakyat Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan