Categories
Berita Semasa

Palestin lenyap pada tahun 2020 ?

Isnin, 22/09/2008 –Sheikh Ra’ed Salah, pemimpin gerakan Islam kawasan 1948, telah membongkar satu rancangan Zionis bertujuan untuk menhapuskan Palestin di timur Baitulmuqaddis sehingga tahun 2020.

Sheikh Salah berkata dalam satu temubual dengan Quds Press bahawa satu lagi sasaran perancangan Zionis untuk menhapuskan kehadiran Palestin di Baitulmuqaddis sehingga tahun 2050 ditunjukkan dengan langkah-langkah pihak berkuasa Israel merampas kad pengenalan, pelucutan warga Jerusalem, perobohan rumah dan penyitaan tanah. Beliau menjelaskan langkah-langkah itu sedang menuju ke arah perancangan ini.

Beliau berkata setiap peringkat perancangan IOA untuk mengyahudikan Baitulmuqaddis melalui penyitaan tanah dan beberapa institusi lain menambah lagi bukti bahawa penghapusan etnik IOA dalam bentuk baru sedang berlaku.