
Rabu, 20-04-2022 – Beberapa orang jemaah Muslim sama ada cedera atau ditahan pada pagi hari Ahad apabila sebilangan besar pasukan polis rejim Zionis menyerbu Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya ketika kumpulan penceroboh Yahudi mula berpusu-pusu ke tapak suci Islam itu untuk meraikan perayaan Paskah.
Persatuan Bulan Sabit Merah berkata kru ambulansnya berjaya memberikan bantuan perubatan kepada 17 orang rakyat Palestin yang cedera selepas pegawai polis menyerang jemaah Islam di jalan-jalan menuju ke Masjid al-Aqsa, sambil menambah bahawa lima telah dipindahkan ke hospital.
Sementara itu, pasukan polis Israel menghalang paramedik Bulan Sabit Merah memasuki Masjid al-Aqsa bagi membantu jemaah lain yang cedera.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan