Categories
Berita Semasa

Sabri : Cubaan Peneroka Yahudi Lakukan Korban Haiwan Masih Belum Berakhir

Rabu, 20-04-2022 – Sheikh Ekrima Sabri, pendakwah Masjid Al-Aqsa berkata bahawa rancangan peneroka Yahudi untuk melakukan penyembelihan haiwan gagal selepas jemaah Palestin menentang serbuan Israel dan melindungi Masjid Al-Aqsa.

Sheikh Sabri menyeru semua rakyat Palestin untuk menyokong penduduk Jerusalem yang telah melakukan “I’tikaf” di Masjid Al-Aqsa untuk melindunginya daripada ancaman peneroka Yahudi, sambil menekankan bahawa peneroka Israel merancang untuk menyerbu Al-Aqsa berulang kali dalam tempoh lima hari akan datang untuk memberi laluan kepada amalan melakukan korban haiwan.

“Gerombolan peneroka Yahudi mencemarkan Masjid Al-Aqsa di Jerusalem di bawah perlindungan ketat polis pada pagi Ahad. Pasukan polis Israel memukul wanita dan kanak-kanak serta menahan beberapa jemaah Palestin dengan niat untuk menyerbu dan mengosongkan Masjid Al-Aqsa,” kata Sheikh Sabri.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar