Categories
Berita Semasa

Hamas : Kerajaan Israel Cuba Sembunyikan Keganasan di Jerusalem

Khamis, 21-04-2022 – Jurucakap Hamas, Jihad Taha menuduh kerajaan Israel cuba memutar belit fakta asas dan menutup keganasan dan jenayah yang serius di Jerusalem dengan menuduh Gerakannya memburukkan keadaan dan menghasut keganasan di kota suci itu.

“Tuduhan [Israel] ini datang ketika pasukan penceroboh dan peneroka Yahudi berterusan melakukan pencerobohan mereka di Masjid Al-Aqsa dan di kota Jerusalem dan terus mengganggu kebebasan rakyat Palestin untuk mengamalkan ibadat dalam bulan Ramadan,” kata Taha dalam kenyataan akhbar kepada Pusat Maklumat Palestin (PIC) pada hari Selasa.

“Tuduhan ini, sebaliknya, memberi petunjuk positif tentang kejayaan rakyat Palestin dan penentangan mereka dalam menjelaskan kepada masyarakat antarabangsa mengenai rungutan mereka terhadap kuasa penjajahan terburuk dalam sejarah yang terus mencuri tanah, menceroboh tanah suci, merampas hak, dan cubaan memalsukan realiti dengan rekaan dan pembohongan,” tambahnya lagi.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar