Categories
Berita Semasa

Seorang warga tua Palestin mati selepas serangan rejim Zionis.

Isnin, 22/09/2008 –Seorang wanita Palestin berumur 60 tahun mati pada waktu subuh Ahad lalu akibat luka-luka yang teruk selepas cuba menghalang tentera Israel daripada meroboh rumahnya di perkampungan Abu Dis di Timuran Baitulmuqaddis.

Beberapa saksi melaporkan bahawa wanita itu, Mariam Ayyad cuba untuk menghalang sekumpulan tentera daripada memusnahkan tempat perlindungan sebilangan pelajar yang menginap dalam bangunan yang sama.

Saksi-saksi berkata bahawa askar-askar tersebut telah menolak wanita itu lalu jatuh ke tanah.