Ekrema Sabri: Serangan Berterusan Ibarat Bermain Api

Isnin, 25-04-2022 – Pendakwah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrema Sabri, menyifatkan serangan berterusan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan pencerobohan berulang sebagai bermain dengan api.

Dalam kenyataan akhbar pada Rabu, Sabri menekankan kepentingan untuk kekal berwaspada terhadap tapak suci itu demi mempertahankannya.

“Kami tidak percayakan Israel kerana pengkhianatan adalah sifat semula jadi mereka,” tambah beliau.

Sabri menggariskan bahawa masjid itu bukan untuk rakyat Palestin semata-mata, sebaliknya seluruh masyarakat Arab dan Islam.

Beliau turut menyeru seluruh masyarakat Arab dan umat Islam untuk mengambil bahagian dalam mempertahankan tapak suci mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ