Qatar Selar Amalan Baru Israel di Masjid Al-Aqsa

Jumaat, 29-04-2022 – Qatar telah mengulangi kecaman kerasnya terhadap serbuan polis Israel dan pencerobohan peneroka pelampau yang berlaku akhir-akhir ini di Masjid Al-Aqsa melibatkan serangan terhadap jemaah Palestin yang tidak berupaya.

Ia dipetik dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin oleh duta Alya Al Thani, wakil tetap Qatar ke PBB, pada Mesyuarat Majlis Keselamatan mengenai situasi di Timur Tengah, termasuk wilayah Palestin.

Kenyataan Qatar itu menyifatkan tindakan Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa semasa bulan Ramadan sebagai “pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.”

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar