Categories
Berita Semasa

Livni: Saya Berharap Palestin Tampung Pelarian dan Perangi Teroris.

Selasa, 07/10/2008 –Menteri Luar Israel, Tsepi Livni yang juga calon PM Israel pengganti Olmert menegaskan bahawa negara Palestin diharapkan dapat menampung pelarian Palestin. Beliau menegaskan bahawa pemerintah autoriti negara Palestin itu harus mampu menjamin keamanan Israel dan memerangi apa yang disebutkan “terorisme” merujuk kepada gerakan pejuang Palestin.

Mengambil ungkapan Livini melalui radio Israel, isu pelarian Palestin dapat diselesaikan jika negara Palestin dapat menerima mereka. Menteri Luar Israel tersebut berjanji akan melanjutkan apa yang disebut sebagai perundingan damai dengan pihak Palestin yang diaktifkan sejak Persidangan Annapolis. Livni menegaskan bahawa pihak Autoriti Palestin nantinya harus mampu menjamin keamanan Israel dan memerangi terorisme.