
Khamis, 26-05-2022 – Jawatankuasa Islam-Kristian Menyokong Baitulmuqaddis dan Tempat Sucinya pada hari Isnin mengecam keputusan Mahkamah Majistret Israel membenarkan penceronoh Yahudi melakukan ritual amalan kitab Talmud di halaman Al-Aqsa, menyifatkan ia sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap tapak suci Islam.
Jawatankuasa Islam-Kristian dalam satu kenyataan akhbar berkata keputusan sedemikian merupakan satu provokasi terhadap umat Islam di seluruh dunia, memberi amaran bahawa keputusan ini bertujuan mengubah status quo di Masjid Al-Aqsa.
Mahkamah Israel tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengawas hal ehwal Masjid Al-Aqsa,” jawatankuasa tersebut mengesahkan, sambil menambah bahawa Israel mesti bertanggungjawab di atas kesan keputusan ini.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan