
Isnin, 30-05-2022 – Pihak berkuasa pencerobohan Israel (IOA) baru-baru ini merampas rizab alam semula jadi Ain al-Ajua di Jericho, yang merupakan tapak perlindungan hidupan liar Palestin terbesar di Tebing Barat.
Menyifatkan langkah Israel itu sebagai “skim rampasan tanah utama”, gerakan Peace Now Israel berkata bahawa pentadbiran awam tentera Israel pada 12 April menandatangani satu perintah yang mengisytiharkan kira-kira 22,000 dunum tanah Palestin di selatan kota kuno Jericho sebagai “rizab alam semula jadi”.
Bagaimanapun, pengisytiharan ini diterbitkan hanya seminggu yang lalu, dan ia akan berkuat kuasa 60 hari selepas penerbitannya, menurut Peace Now.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan