Sinagog Dekat Al-Aqsha Dibuka, Hamas Kecam Dunia.

Isnin, 13/10/2008 – Lembaga Waqaf dan Peninggalan Sejarah Al-Aqsa menyatakan bahawa Zionis Israel dan kumpulan bawah tanahnya merasmikan pembukaan Sinagog (kuil) Yahudi yang didirikan di atas tanah milik waqaf Islam, 50 meter dari Al-Aqsa.

Dalam laporanya hari ini, Ahad (12/10) Lembaga Al-Aqsa menyebutkan, sinagog Yahudi tersebut terletak di kawasan Hamamul Ain di sebelah barat Masjid Al-Aqsa. Secara tepatnya berada antara Dinding Al-Buraq (Tembok Ratapan) dan pasar katun di bahagian Kota Lama.

Menurut lembaga ini, sinagog tersebut bersambung dengan terowong yang berada di bawah Masjid Al-Aqsa yang dinamakan Ehol Yetzaq. Berdasarkan maklumat yang diterima oleh lembaga Al-Aqsa, pembukaan sinagog ini dilaksanakan pada pagi tadi jam 10.00 hingga 12.00 tengahari. Majlis ini dihadiri oleh sejumlah orang penting dari kalangan zionis Israel.