Categories
Berita Semasa

Penjahah Israel Menangkap Lebih 50 Pekerja Palestin

Selasa, 28-06-2022 – Pasukan penjajah Israel Zionis menangkap lebih daripada 50 pekerja Palestin dari kampung Hares dan bandar Deir Istiya dan Qira di wilayah Salfit, setelah mereka menyerbu kawasan kampung dan bandar tersebut. Pasukan penjajah Israel kemudiannya membawa mereka ke penempatan Ariel yang dibangunkan oleh penjajah Israel secara paksa.

Ketua kampung Hares, Omar Samara mengatakan bahawa pasukan tentera dan polis penjajah Israel menyerbu desa Hares, serta bandar Deir Istiya dan Qira. Mereka menangkap 50 pekerja yang bekerja di wilayah Palestin yang diduduki penjajah Israel sejak tahun 1948 (Palestin 48). Usia mereka antara dua puluhan dan empat puluhan tahun.

Penangkapan berlaku setelah pasukan Israel menggeledah rumah mereka. Beberapa dari mereka ditangkap ketika melalui jalan-jalan semasa hendak pergi bekerja.

Samara menyatakan bahawa pasukan penjajah Israel memindahkan mangsa ke penempatan Ariel.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman