Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Dunia Berkunjung ke Gaza Bulan Depan.

Selasa, 21/10/2008 –Europe Campaign untuk Pembebasan Sekatan Gaza telah menyiapkan persiapan terakhir kunjungan ahli parlimen dunia ke Semenanjung Gaza pada awal bulan depan (November). Kunjungan ini disertai oleh para anggota dewan dari beberapa negara. Ia sebagai sebahagian dari usaha untuk membebaskan sekatan yang dikenakan terhadap Semenanjung Gaza sejak lebih dari 3 tahun lalu.

Ketua Europe Campaign, Dr. Arafat Madhi dalam pernyataan dari Brussels mengatakan, pihaknya sedang melakukan persiapan kunjungan terbesar bagi para anggota parlimen dari dunia Arab dan barat ke Semenanjung Gaza dalam usaha membebaskan sekatan. Ini dilakukan demi membela 1.5 juta rakyat Palestin yang hidup dalam penderitaan akibat dikenakan sekatan tersebut.