Categories
Berita Semasa

Kanak-Kanak Palestin Cedera dalam Pertempuran Salfit

Khamis, 04-08-2022 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera di kepala akibat tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh Rejim Zionis, manakala puluhan lagi mengalami masalah pernafasan ketika konfrontasi tercetus di bandar Salfit, Tebing Barat pada hari Isnin.

Sumber setempat melaporkan bahawa Abdul Hadi Raees yang berusia 15 tahun mengalami keretakan pada tengkorak selepas tentera rejim melepaskan bom tangan dan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin semasa konfrontasi yang meletus selepas merobohkan sebuah rumah warga Palestin di bandar Kafr ad-Dik.

Dalam perkembangan lain, peneroka Yahudi yang dilindungi oleh Rejim Zionis telah menyerang kenderaan seorang warga Palestin Ibrahim Mohammad ketika dia dalam perjalanan ke rumahnya di bandar al-Khalil di Tebing Barat.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar