Rejim Israel bersihkan tanah, musnahkan binaan di Tebing Barat dan Jerusalem

Jumaat, 05-08-2022 – Tentera rejim Israel (IOF) membersihkan tanah dan memusnahkan binaan dan pokok milik rakyat Palestin semasa operasi di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis pada hari Rabu.

Menurut sumber tempatan, IOF memusnahkan sebidang tanah yang digunakan sebagai tempat letak kereta dan tembok yang mengelilinginya di bandar Sur Baher, tenggara Baitulmuqaddis.

IOF juga mencabut beberapa pokok zaitun dan menutup telaga air di kawasan Rakhma di bandar Teqoa, timur Baitullaham, milik seorang penduduk tempatan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan