Categories
Berita Semasa

Serangan Israel Menyebabkan Kerosakan Besar Di Gaza, 44 Syahid

Rabu, 10-08-2022 – Maklumat terbaru dari pihak Kementerian Kesihatan Palestin, serangan militan Israel ke Gaza yang berlangsung selam 3 hari menyebabkan 44 orang syahid, termasuk 15 kanak-kanak dan 4 wanita serta 360 orang cedera.

Biro media pemerintah melaporkan, 9 bangunan hancur total dan 1500 unit rumah rosak teruk termasuk 16 hancur sepenuhnya 71 unit tak layak didiami lagi serta 1400 lainnya sama ada rosak teruk atau rosak sebahagian.

Sementara itu gencatan senjata antara fraksi-fraksi perlawanan dan penjajah Israel disepakati selepas Mesir menjadi mediator dan mula berkuatkuasa tepat pukul 11:30 Ahad malam.Keadaan Gaza mula tenang kecuali pesawat pengintip yang masih terbang di ruang udara Gaza.

Mesir melakukan serangkaian komunikasi dengan gerakan Jihad Islami dan Israel dan menyeru gencatan senjata secara komprehensif dan timbal balik serta pihak Kaherah mengusahakan pembebasan tawanan mogok lapar, Khalil al-Awawidah dan pembebasan tokoh Jihad Islami, Basam al-Sa’di dengan kadar segera.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman