Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak Palestin Meninggal Dunia Akibat Serangan Israel

Rabu, 10-08-2022 – Seorang kanak-kanak Palestin diisytiharkan meninggal dunia setelah cedera parah dalam serbuan Israel pada hari Isnin, menjadikan jumlah orang awam Palestin yang terbunuh semasa pencerobohan terbaharu Israel ke atas Gaza kepada 46 orang.

Menurut Quds Press, Haneen Abu Qaida yang berusia 10 tahun meninggal dunia akibat kecederaan serius ketika serangan udara Israel di utara Gaza dua hari lalu. Terdahulu pada hari Ahad, Naama Abu Qaida, ibu kepada Haneen telah terbunuh, dan tujuh yang lain termasuk Haneen cedera selepas pesawat pejuang Israel menyasarkan kereta perkahwinan anak lelaki Naama.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar