Categories
Berita Semasa

Qassem : Pembunuhan Beramai-ramai Nablus Sebahagian Daripada Pencerobohan
Berterusan Israel

Khamis, 11-08-2022 – Ahli Biro Politik Luar Negara Hamas, Hisham Qassem, berkata pada hari Selasa bahawa pembunuhan mengerikan beramai-ramai yang dilakukan oleh Rejim Zionis di bandar Nablus, Tebing Barat utara merupakan sebahagian daripada pencerobohan Israel yang berterusan terhadap semua rakyat Palestin.

Qassem dalam satu kenyataan akhbar berkata, serbuan ganas rejim itu di Kota Lama Nablus yang berlaku dua hari selepas Israel meningkatkan serangan di Semenanjung Gaza yang meragut puluhan nyawa dan ratusan yang cedera, kedua-duanya menunjukkan bahawa semua wilayah Palestin telah menjadi benteng penentangan yang mendatangkan kesan kepada musuh.

“Jenayah baharu Israel di Nablus menunjukkan dasar mereka yang bertujuan untuk menghapuskan sepenuhnya penentangan Palestin dan mendedahkan kebimbangan akan tercetusnya kebangkitan Palestin baharu,” tambah Qassem.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar