Categories
Berita Semasa

IOA musnahkan rumah yang belum siap di Baitulmuqaddis, dan struktur di Lembah Jordan

Jumaat, 12-08-2022 – Pada pagi Rabu, rejim zionis (IOA) memusnahkan sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di timur Baitulmuqaddis dan beberapa rumah sementara di kawasan tengah Lembah Jordan.

Menurut sumber tempatan di Baitulmuqaddis, sebuah jentolak yang diiringi oleh polis rejim menyerbu kem pelarian Shuafat dan memusnahkan asas sebuah rumah belum siap yang dimiliki oleh keluarga Hamoud atas alasan tiada lesen pembinaan.

Pentadbiran awam tentera rejim turut mengusir keluarga-keluarga Badwi setelah memusnahkan struktur milik mereka, termasuk rumah-rumah, dekat kampung Fasayel di tengah Lembah Jordan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati