Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin di Sabotaj Pasukan Keselamatan PA.

Sabtu, 01/11/2008 –
Pergerakan Hamas Rabu lalu berkata kempen penangkapan oleh pasukan keselamatan PA yang diupah terhadap pejuang-pejuang penentang Palestin di Tebing Barat dengan penyelarasan keselamatan melalui Israel mendorong askar-askar rejim Zionis menghapuskan rakyat Palestin dan yang terkini pembunuhan seorang lelaki tua bernama Mohamed Abahra di Jenin.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menyatakan pembunuhan dan penculikan berterusan Israel terhadap penduduk Palestin dan memusnahkan rumah-rumah mereka merupakan kemestian untuk menghapuskan tentangan penduduk Palestin di Tebing Barat disebalik melindungi penduduk Palestin, tanah dan tempat-tempat suci mereka.

Askar-askar rejim Zionis telah menembak mati lelaki tua itu pada waktu subuh sewaktu serangan di bandar Yamon barat Jenin.