
Isnin, 29-08-2022 – Penguam Jawatankuasa Urusan Tawanan dan Mantan Tawanan, Hanan Al-Khatib mengungkapkan bahawa sepanjang lawatannya ke penjara Damoun, pihaknya mendapat perincian mengerikan dan keadaan sukar yang dialami tawanan wanita akibat daripada seksaan fizikal dan psikologi bermula ketika penangkapan, sesi soalsiasat, ketika di sel penjara dan penderitaan terus menerus sepanjang masa penahanan.
Penguam Hanan Al-Khatib mengambil contoh tawanan wanita, Donia Jaradat (26 tahun), dari Jenin yang mengatakan, “Pada 7/8/2022 sekitar pukul 4:00 pagi tentera Israel menggeledah rumahnya.Tentera Israel mengepung rumah dan menahan pak Ciknya. Mereka mencabut pintu rumah,menyoal siasat identiti saya, mengambil telefon bimbit, komputer dan jam tangan pintar saya.
Mereka menggeledah rumah dan menangkap saya. Mereka melakukannya tanpa memberi alasan penangkapan dan tidak menunjukkan surat perintah penggeledahan. Tangan saya masih patah dan mereka mengikat saya.Tentera wanita menyoalsiasat saya dalam keadaan yang memalukan.”
Donia menyebutkan bahawa mereka kemudian memasukkannya ke dalam sel Penjara Al-Jalama. Sesi soal siasat berjalan selama 14 hari sebelum memindahkannya ke Penjara Damoon.
sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman