Categories
Berita Semasa

Tiga Tahanan Meneruskan Mogok Lapar

Selasa, 30-08-2022 – Tiga tahanan di penjara penjajah Israel meneruskan mogok lapar.Tahanan yang tertua adalah Khalil Awawida (40 tahun) dari kota Itna di kota Hebron. Beliau telah melakukan mogok lapar selama sekitar 169 hari sebagai protes terhadap penahanan administratif yang dikenakan kepadanya.

Awawida menghuni di hospital “Asaf Harofeh” Israel, keadaan kesihatannya adalah kritikal dan kemungkinan berhadapan “kematian mengejut”. Seperti yang disebutkan oleh Persatuan Tawanan.

Baru-baru ini, penjajah Israel mengeluarkan keputusan untuk “membekukan” penahanan administratif kepada beliau yang tidak bermaksud menamatkan penahanannya melainkan terdapat keputusan baru untuk membebaskannya. Sehingga kini penjajah tidak mengizinkan pihak keluarga untuk mengunjunginya.

Tawanan lain iaitu Ahmed dan Adal Musa dari kota Al-Khader di Bethlehem meneruskan mogok lapar selama 22 hari sebagai protes atas penahanan mereka secara administratif.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman