Categories
Berita Semasa

1922 pesakit di Gaza dihalang terima rawatan

Rabu, 07-09-2022 – Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Rabu menyatakan bahawa seramai 1,922 orang pesakit di Semenanjung Gaza tidak dapat mengakses kemudahan kesihatan di Tebing Barat, al-Quds dan wilayah Palestin yang diduduki sejak tahun 1948 pada waktu yang tepat. Ini kerana pihak rejim Zionis menunda jadual perjalanan dan membatalkan kebenaran kepada mereka untuk melakukan perjalanan bagi mendapatkan rawatan.

Ia menambah bahawa pesakit kanser dan penyakit jantung menghadapi nasib buruk kerana kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa rejim lewat diperolehi sehingga berbulan-bulan lamanya. Akibatnya, sejumlah pesakit meninggal dunia sejak awal tahun ini.

Kementerian tersebut menyatakan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang hidup dalam keadaan kemanusiaan dan kesihatan yang sukar disebabkan kekurangan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kematian akibat halangan pada saluran darah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan