
Jumaat, 09-09-2022 – Pihak berkuasa Israel pada pagi hari Rabu merobohkan semua khemah dan binaan di perkampungan badwi Palestin Araqib di padang pasir Negev untuk kali ke-206 berturut-turut, menyebabkan penduduknya kehilangan tempat tinggal.
Menurut sumber tempatan, pasukan polis Israel dan pekerja dari pihak berkuasa pembangunan badwi – yang bertanggungjawab untuk perobohan tersebut – menyerbu kampung itu dan memusnahkan semua khemah yang ada.
Akibatnya, berpuluh-puluh warga badwi termasuk kanak-kanak, kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berhadapan dengan keadaan cuaca buruk di padang pasir untuk seketika sebelum mereka boleh memiliki rumah sementara baharu.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan