Categories
Berita Semasa

Kesihatan Tahanan Palestin Ma’tan Merosot

Isnin, 12-09-2022 – Persatuan Banduan Palestin (PPS) pada hari Khamis berkata bahawa keadaan kesihatan tahanan Abdul Basit Ma’tan merosot akibat dasar pengabaian perubatan Israel yang disengajakan.

“Pentadbiran penjara Israel terus menyekat Ma’tan daripada menerima rawatan perubatan walaupun keadaan kesihatannya semakin merosot,” kata PPS, sambil menambah bahawa Ma’tan yang merupakan pesakit kanser kolon telah menjalani beberapa pembedahan untuk membuang sebahagian daripada kolonnya.

Tambah PPS, Ma’tan merupakan bekas tahanan yang telah ditahan tiga bulan selepas tamat tempoh penjara enam bulan selain dinafikan rawatan perubatan di luar negara selepas dibebaskan. Persatuan itu juga menegaskan kanser berkemungkinan telah merebak dalam badan Ma’tan memandangkan ketumbuhan tidak dibuang sepenuhnya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar