Categories
Berita Semasa

Israel Usir Keluarga Palestin di Negev

Rabu, 14-09-2022 – Pihak berkuasa Israel usir pada pagi Ahad beberapa warga Palestin daripada keluarga ad-Dabsan selepas merobohkan khemah mereka di kawasan Umm Alaq di padang pasir Negev.

Jawatankuasa Pemandu Tinggi Arab Negev, bagi pihaknya, memulakan usaha untuk menyokong keluarga dan kehadirannya di kawasan itu.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa itu berkata ia akan mengambil langkah yang perlu untuk menghalang pihak berkuasa Israel daripada mengusir keluarga Arab di Negev untuk menjalankan projek penanaman semula hutan yang besar.

Jawatankuasa itu memberi amaran bahawa rancangan Israel untuk mengusir masyarakat Arab dari kawasan mereka di Negev sebagai permulaan untuk mengubah mereka menjadi hutan akan mencetuskan satu lagi protes, seperti yang berlaku di kampung Sa’wat al-Attrash Januari lalu.

Dianggarkan 80,000 orang Badwi Palestin kerakyatan Israel, tinggal di beberapa komuniti Negev, yang sering dinafikan perkhidmatan penting, termasuk kemudahan air, elektrik dan pendidikan.

Perobohan perkampungan Palestin di Negev adalah dasar Israel yang sistematik yang bertujuan untuk mengusir penduduk asli dari Negev dan memindahkan mereka ke kawasan zon kerajaan untuk membuka jalan untuk menanam hutan dan mengembangkan serta membina penempatan bagi masyarakat Yahudi.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Ameen