Categories
Berita Semasa

Pengusiran Badwi Tanda Peningkatan Serius Pembersihan Etnik

Isnin, 19-09-2022 – Jawatankuasa Muslim-Kristian bagi Menyelamatkan Jerusalem dan Tempat Sucinya pada hari Rabu memberi amaran tentang peningkatan kempen pengusiran secara paksa yang dilancarkan oleh Rejim Zionis terhadap masyarakat Badwi di pinggir Jerusalem.

Dalam satu kenyataan akhbar, Jawatankuasa itu berkata pengeluaran notis pengusiran terhadap berpuluh-puluh keluarga Badwi merupakan peningkatan yang serius dalam dasar pembersihan etnik oleh Israel dan pemindahan paksa penduduk Palestin dari tanah mereka.

“Perintah pengusiran yang semakin meningkat yang berbetulan dengan rampasan tanah yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan kempen perobohan rumah terhadap tanah dan rumah Palestin mencerminkan rancangan Israel untuk memperluaskan perang terbukanya terhadap
Jerusalem,” dakwa Jawatankuasa itu, sambil menambah bahawa rancangan sedemikian bertujuan untuk menukar haluan Jerusalem kepada Judaisme dan melenyapkan mercu tandanya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar