PPS: Abu Hamid menderita komplikasi serius

Khamis, 22-09-2022 – Perkembangan serius berlaku dalam beberapa jam lalu mengenai kesihatan banduan warganegara Palestin yang dijangkiti kanser, Nasser Abu Hamid, yang berdepan kematian di rumah sakit penjara Ramla, menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS).

“Abu Hamid mula mengalami lumpuh hampir keseluruhan badan, sakit teruk pada tulang belakang dan komplikasi kesihatan lain,” kata PPS dalam satu kenyataan pada hari Selasa.

PPS menegaskan bahawa tiga saudara lelakinya dapat melawatnya hari ini di penjara Ramla berikutan tekanan daripada banduan lain terhadap penjara Israel, sambil menambah bahawa mereka dibenarkan melihatnya di bilik pelawat semasa mereka digari dan diiringi oleh lapan orang pegawai penjara.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan