Pemain catur Lubnan enggan bermain menentang Israel

Jumaat, 23-09-2022 Seorang pemain catur Lubnan pada Rabu menarik diri daripada Kejohanan Catur Dunia yang diadakan di Georgia setelah beliau ditetapkan untuk menentang pemain dari Israel.

Pemain Lubnan itu Sally Hamada enggan bermain menentang pemain Israel sebagai membantah normalisasi dengan Israel, demikian menurut ketua delegasi Lubnan, Jamal Shamiya, yang menekankan keengganan untuk mengiktiraf Israel atau menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Pada Ogos sebelum ini, pemain Lubnan Charbel Abu Daher telah menarik diri daripada Kejohanan Seni Bela Diri Campuran Dunia, kerana enggan menentang pemain Israel. Pada tahun lepas, rakan senegaranya, Abdullah Miniato, menarik diri dari kejohanan sama di Bulgaria kerana enggan menentang pemain Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati