Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Pendudukan Israel Musnahkan Rumah Warga Palestin di Al-Khalil

Isnin, 26-09-2022 – Pihak berkuasa pendudukan Israel pada Khamis merobohkan bangunan milik warga Palestin di komuniti al-Rakiz berhampiran perkampungan al-Tuwana di Masafer Yatta, selatan bandar al- Khalil di Tebing Barat.

Menurut Fuad Al -Amor, penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Ketahanan, rumah seluas 80 meter persegi yang dimiliki Ashraf Al-Amour, telah dirobohkan oleh tentera Israel yang menyerbu kawasan itu dan mengepung rumah serta menghalang rakyat daripada
mendekatinya.

Pada tahun 1999, Israel mengisytiharkan sebilangan komuniti Masafer Yatta sebagai “zon menembak”, yang menimbulkan risiko pengusiran paksa kepada hampir 700 warga tempatan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar