Kanak-kanak Palestin cedera terkena tembakan Israel

Jumaat, 07-10-2022 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera di kakinya akibat terkena peluru logam bersalut getah yang dilepaskan oleh rejim Zionis semasa serbuan di bandar el-Bireh pada hari Rabu.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata bahawa krunya merawat seorang kanak-kanak berusia 14 tahun yang ditembak dengan peluru di kakinya semasa konfrontasi dengan tentera rejim di kawasan Jabel al-Tawil di bandar itu.

Askar Zionis menyerbu bandar-bandar dan kampung-kampung di Tebing Barat pada setiap hari dan menangkap rakyat Palestin yang “dikehendaki”. Serbuan biasanya membawa kepada pertempuran dengan lelaki muda dan kematian dilaporkan hampir pada setiap hari.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan