Categories
Berita Semasa

Hamas seru lindungi masjid Ibrahim

Jumaat, 14-10-2022 – Pergerakan Hamas pada hari Rabu mengutuk sekeras-kerasnya penutupan masjid Ibrahimi di al-Khalil kepada jemaah Muslim oleh pihak berkuasa rejim Zionis Israel.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum mengecam tindakan rejim membenarkan tindakan mencemarkan dan melanggar kesucian masjid tersebut dengan mengadakan perayaan di sana dan menganggap amalan sebegitu sebagai pencabulan terang-terangan terhadap kebebasan beribadat.

“Kami mengesahkan bahawa Masjid Al-Ibrahimi adalah tempat ibadat umat Islam, dan fakta ini telah disahkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2017, dan bahawa penceroboh Yahudi tidak berhak ke atasnya,” katanya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan