
Selasa, 18-10-2022 – Pihak berkuasa Israel pada hari Khamis memaksa Ibrahim Hamed, seorang warga Palestin untuk merobohkan sendiri rumahnya di Sur Baher, tenggara Baitulmuqaddis.
Seperti kebanyakan keluarga Palestin lain di Baitulmuqaddis, Hamed memilih untuk merobohkan sendiri rumahnya yang bersaiz 170 meter persegi, yang menempatkan isterinya dan anak perempuan mereka yang berumur satu setengah tahun, dan bukannya meminta pihak perbandaran Jerusalem melakukannya bagi pihak mereka untuk mengelakkan kos perobohan yang boleh mencecah puluhan ribu syikal.
Tentera Israel secara rutin melakukan perobohan rumah warga Palestin di Baitulmuqaddis di bawah alasan undang-undang yang berbeza dengan salah satu yang utama ialah membina tanpa permit. Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada semua rumah Palestin di Baitulmuqaddis tidak mempunyai permit bangunan, menyebabkan kira-kira 100,000 penduduk Palestin berisiko dipindahkan secara paksa.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan