Categories
Berita Semasa

Hamas Gesa PBB Dakwa Israel Atas Perbuatan Jenayah

Rabu, 19-10-2022 – Gerakan Hamas pada hari Isnin menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memikul tanggungjawab dan mendakwa Israel atas jenayah yang dilakukan.

Jurucakap Gerakan Hamas Jihad Taha menyeru PBB mendesak Israel supaya menghentikan pencabulannya terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.

Beliau menggesa organisasi antarabangsa itu bertindak segera untuk menamatkan sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas bandar-bandar Palestin dan kem pelarian di Tebing Barat, yang merupakan hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin yang tidak bersenjata dan pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar